Agih daging korban kepada asnaf

Mohd Jazri (berdiri, tengah) melihat petugas Program Korban Asnaf Ikhlas.Com, Mahsuri dan Frontliner IPD Besut melapah daging korban untuk diagihkan kepada asnaf terpilih.
Mohd Jazri (berdiri, tengah) melihat petugas Program Korban Asnaf Ikhlas.Com, Mahsuri dan Frontliner IPD Besut melapah daging korban untuk diagihkan kepada asnaf terpilih.
A
A
A

BESUT- Kegembiraan jelas terpancar pada wajah penghuni 200 kediaman di Pulau Perhentian, di sini apabila menerima daging korban yang diagihkan kepada mereka pada Jumaat sempena Hari Raya Aidiladha.

Mereka antara 400 keluarga asnaf terpilih di daerah ini yang menerima daging korban daripada dua ekor lembu termasuk seekor lembu sado melalui Program Korban Asnaf Ikhlas.Com, Mahsuri dan Frontliner IPD Besut.

Program itu hasil kerjasama syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan Malaysia, Mahsuri Food Sdn Bhd (Mahsuri Food), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut dan cabang perniagaan mesra Muslim, Ikhlas.Com.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, majoriti penduduk Pulau Perhentian terlibat dalam sektor pelancongan dan mereka hilang punca pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Abdul Rozak
Abdul Rozak

Mohd Jazri (tengah) menyerahkan daging korban kepada seorang penduduk Pulau Perhentian.
Mohd Jazri (tengah) menyerahkan daging korban kepada seorang penduduk Pulau Perhentian.

“Kita prihatin dengan nasib mereka yang terjejas dan agihkan daging korban di sana melibatkan kira-kira 200 rumah yang kita sudah kenal pasti.

“Selain itu, seramai 14 anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan di sana juga akan menerima sumbangan sama. Mereka tidak boleh tinggalkan pulau jadi kita akan pergi hantar kepada mereka,” katanya ketika hadir ke lokasi penyembelihan lembu korban di Hotel Primula Pointray Besut, di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Ketua Komersial Mahsuri Food, Mohd Jazri Ikmal Hijaz dan Ketua Komersial Ikhlas.Com, Mohd Nor Effendi Yahya.

Sementara itu, Mohd Jazri berkata, Program Korban Asnaf Ikhlas.Com, Mahsuri dan Frontliner IPD Besut merupakan program ibadah korban kedua diadakan bersama Ikhlas.Com selepas yang pertama di Selangor pada tahun lepas.

Mohd Jazri (kanan) membantu petugas melapah lembu korban sebelum dagingnya diagihkan kepada penerima.
Mohd Jazri (kanan) membantu petugas melapah lembu korban sebelum dagingnya diagihkan kepada penerima.

Katanya, kali ini daerah Besut dipilih sebagai lokasi program bagi menyantuni golongan luar bandar khususnya asnaf dan golongan berpendapatan rendah (B40) yang terjejas ekoran pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh sejak bulan lepas.

“Ini antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke-13 yang kita laksanakan di beberapa lokasi seluruh negara sejak Jun tahun lepas.

“Sebelum ini, kita sudah temui komuniti pedalaman di Rembau, Negeri Sembilan, agihan bakul makanan kepada 700 penerima di Kedah dan pantai timur Semenanjung selain memperkasakan ekonomi wanita melalui perniagaan gerai burger,” katanya.

Menurut Mohd Jazri, pihaknya akan teruskan lagi program kebajikan dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat bagi menceriakan mereka yang kurang berkemampuan.

Mohd Jazri
Mohd Jazri

Mahsuri Food, merupakan syarikat pengeluar sos masakan dan kicap jenama Mahsuri buatan Malaysia yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mohd Jazri (tengah) menyerahkan daging korban kepada seorang penduduk Pulau Perhentian.
Mohd Jazri (tengah) menyerahkan daging korban kepada seorang penduduk Pulau Perhentian.

Selain Malaysia, produk Mahsuri yang turut dieksport ke Singapura, Indonesia dan Brunei dengan setiap masakan menggunakan jenama itu lebih cepat, mudah dan sedap.

Mohd Nor Effendi pula memaklumkan, Ikhlas.Com menguruskan ibadah korban hampir 100 ekor lembu yang ditempah pelbagai pihak di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Sabah pada tahun ini.

Menurut beliau, selain ibadah korban, Ikhlas.Com iaitu anak syarikat AirAsia memberikan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan seorang Muslim dalam menjalani kehidupan harian dan tahunan secara dalam talian.

Mohd Nor Effendi berkata, pihaknya mahu membudayakan masyarakat setempat melaksanakan ibadah dan aktiviti tradisi melalui dunia digital berasaskan kepercayaan serta patuh syariah selain menjual pelbagai produk mesra Muslim melalui e-dagang.

Mohd Nor Effendi
Mohd Nor Effendi

“Antaranya membayar zakat, fidyah, sedekah, akikah dan korban. Semuanya boleh dibuat melalui platform Ikhlas.Com dan kita juga boleh membantu masjid atau mana-mana organisasi mengutip sedekah.

“Sebagai contoh, masjid sekarang kurang jemaah kerana PKP jadi mereka boleh lancarkan kutipan derma atau sedekah di platform Ikhlas.Com dan orang ramai boleh memilih mana-mana masjid yang mereka mahu untuk bersedekah.

“Inilah gaya hidup Muslim dalam dunia digital, mahu sedekah tidak perlu lagi masukkan duit di dalam tabung, mahu akikah tidak perlu susah-susah cari, semuanya boleh ditempah melalui Ikhlas.Com,” katanya.

Katanya, maklumat lengkap boleh didapati di laman sesawang Ikhlas.Com dan aplikasi mudah alih di telefon bimbit.