X

Kindly register in order to view this article
!

Wajib laporkan dana politik daripada penderma

Akta dana politik perlu menggariskan dengan tegas iaitu sumbangan politik harus disalurkan melalui akaun parti dan bukannya melalui akaun individu.
A
A

SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan mengesa agar Akta Pembiayaan Dana Politik dibentangkan secepat mungkin bagi mengelakkan isu penyelewengan dan rasuah dalam kalangan ahli politik.

Malah tegasnya, kerajaan hari ini tidak perlu menunggu lebih lama dengan masih mengulang kembali perbincangan demi perbincangan sedangkan draf akta dana politik sudah sedia ada untuk digubal di Parlimen.

"Pihak kerajaan disarankan untuk menyelesaikan isu ini dengan kadar segera termasuk membentangkan akta tersebut di Parlimen.

“Apa yang kita cadangkan kerajaan tak perlu mencipta ‘roda’ semula kerana draf akta dana politik itu sudah sedia ada untuk digubal.

"Cuma apa yang perlu dibuat adalah pihak kerajaan perlu membentangkan draf bil ini di Dewan Rakyat untuk dibahaskan dan dapat sokongan daripada kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurut beliau, akta dana politik perlu menggariskan dengan tegas iaitu sumbangan politik harus disalurkan melalui akaun parti dan bukannya melalui akaun individu.

Bukan sahaja itu, jelasnya, malah sumber dana berkenaan sewajarnya diaudit sebagai usaha membanteras amalan rasuah.

“Pembentangan akta ini amat penting supaya ada ketelusan dalam dana politik. Ahli-ahli politik wajib melaporkan dana apa yang mereka dapat dari penderma-penderma,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan akta dana politik yang kembali panas berikutan beberapa kes berprofil tinggi di mahkamah berkaitan penyelewengan sumbangan, pihak TI-M menyeru agar pihak kerajaan harus meneruskan reformasi institusi yang telah dimulakan oleh kerajaan sebelum ini.

“Kerajaan perlu meneruskan agenda reformasi institusi yang telah dimulakan oleh kerajaan sebelum ini dan mengatur serta mengadakan satu undang-undang khas untuk Akta Pembiayaan Dana Politik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Siasatan SPRM tiada agenda politik

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan perlu ada keberanian

ARTIKEL BERKAITAN:SPRM tidak dilibatkan dalam draf undang-undang biayai dana politik


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!