Vaksin guru sepenuhnya

NUTP berharap 100 peratus guru di negara ini disuntik vaksin Covid-19 sebelum sekolah dibuka pada 1 September depan.
NUTP berharap 100 peratus guru di negara ini disuntik vaksin Covid-19 sebelum sekolah dibuka pada 1 September depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap 100 peratus guru di negara ini mendapat suntikan vaksin Covid-19 sebelum sekolah dibuka 1 September depan.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, ia untuk mewujudkan situasi selamat apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka itu kembali dijalankan.

“Kalau tidak 100 peratus pun, kita harap sekurang-sekurangnya 90 peratus guru sudah divaksin bagi menjamin proses pembelajaran nanti berlaku dalam situasi selamat.

“Jadi kita harap proses vaksinasi kepada guru ini dapat dipertingkatkan segera. Usaha ini untuk memperkuat imuniti guru dan mencegah penularan wabak di sekolah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada 17 Julai lalu mengumumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk PdP bersemuka mulai 1 September.

KPM berkata, ketetapan itu diambil mengambil kira kadar vaksinasi melibatkan guru, pentadbir dan kakitangan sekolah.

Bagaimanapun, pihaknya akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

Mengulas lanjut, Aminuddin menjelaskan, NUTP menyokong apa sahaja yang diputuskan termasuk dalam soal pembukaan semula sekolah kerana ia dibuat berasaskan data tertentu terutama kadar vaksinasi dan kajian risiko yang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

“Kita bersetuju dengan apa sahaja yang ditetapkan KPM sebab keputusan itu diambil berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh kerajaan.

“Keputusan yang dibuat semestinya sudah mengambil kira semua aspek dan perkara penting,” kata beliau lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Segelintir guru bimbang kembali mengajar di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN:Utamakan sekolah jumlah murid sedikit