Khairul Anuar dalam kelompok 20 terbaik penentuan ranking

Khairul Anuar ketika beraksi dalam acara recurve individu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Yumenoshima Park Archery Field. -Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia
Khairul Anuar ketika beraksi dalam acara recurve individu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Yumenoshima Park Archery Field. -Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia
A
A
A

ATLET memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menyingkap tirai acara recurve individu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Yumenoshima Park Archery Field dengan meraih tempat ke-20 pada aksi penentuan ranking.

Pemanah berusia 29 tahun kelahiran Kemaman, Terengganu tersebut mengumpul 661 mata dalam aksi yang diungguli atlet sensasi Korea Selatan, Kim Je Deok apabila mengakhiri saingan pada kedudukan teratas dengan 688 mata.

Keputusan itu menyaksikan Khairul Anuar akan berentap dengan pemanah Finland, Antti Vikstrom pada perlawanan pusingan pertama kalah mati pada Selasa ini.

Artikel Berkaitan: