Tiada yang tertinggal

Infografik bantuan menerusi Pakej Pemulih kepada golongan perniagaan.
Infografik bantuan menerusi Pakej Pemulih kepada golongan perniagaan.
A
A
A

SHAH ALAM – Rintihan golongan perniagaan yang berdepan masalah kewangan sepanjang krisis pandemik Covid-19, sentiasa didengari oleh kerajaan.

Belanjawan 2021, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), Pemerkasa Plus dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) melengkapi semua pihak dan tidak ada golongan yang tertinggal.

Pakej Pemulih adalah pakej bantuan terbaharu diumumkan oleh kerajaan selain daripada pakej-pakej sedia ada.

Pakej Pemulih ini menyaksikan peningkatan bantuan daripada pakej-pakej sebelum ini, selaras keperluan fasa dua, tiga dan empat dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jika dilihat kepada bantuan fasa dua, ia bersifat menyeluruh bagi rakyat dan perniagaan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat, walaupun dalam fasa ini senarai positif diperluaskan dan sektor sosial masih ditutup.

Bantuan fasa tiga pula dirangka lebih tertumpu terutama untuk rakyat dan perniagaan yang masih terkesan, manakala bagi fasa empat, setelah ekonomi dibuka semula, bantuan yang diperlukan lebih menjurus untuk menjana pembukaan semula perniagaan.

PPN yang diumumkan 15 Jun lalu itu juga boleh menjadi panduan kepada orang ramai khususnya peniaga, untuk menguruskan perniagaan mereka sekali gus melihat bentuk pelan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Nilai keseluruhan pakej Pemulih ini berjumlah RM150 bilion, merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Artikel Berkaitan:

Di samping itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan menyalurkan bantuan ini menerusi pelbagai inisiatif demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam fasa-fasa tersebut.

Bantuan berterusan

Bantuan untuk rakyat telah disalurkan sejak awal tahun ini dan pelbagai lagi bantuan sedang dilaksanakan melalui pakej Pemerkasa, Pemerkasa+, Pemulih bagi memenuhi keperluan fasa-fasa dalam PPN.

Menerusi Pemulih, bantuan kepada perniagaan bertujuan mengekalkan pekerja dan kapasiti agar segera pulih seiring dengan pemulihan ekonomi negara.

Menerusi Pemulih juga, iaitu di bawah subsidi upah dan insentif penggajian, sebanyak RM3 bilion telah disalurkan bagi menyelamatkan 2.7 juta pekerjaan dan lebih 330,000 majikan.

Secara keseluruhannya, hampir RM7 bilion disalurkan kepada majikan sehingga akhir tahun ini bagi menjamin kelangsungan berjuta pekerjaan di negara ini.

Bantuan lain yang diberikan kepada golongan peniaga di saat negara menghadapi pandemik Covid-19 ini adalah menerusi kredit mikro, dengan RM1 bilion menerusi Belanjawan 2021 telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Di samping itu, sebanyak RM1.9 bilion akan disalurkan di bawah pakej Pemerkasa+ dan Pemulih bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro memulakan kembali perniagaan mereka yang terjejas selaras dengan pembukaan ekonomi kelak.

Antara bantuan lain yang diberikan kepada golongan peniaga adalah menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan melibatkan RM6.9 bilion jaminan yang telah dimanfaatkan.

Jumlah RM3 bilion yang masih berbaki daripada Belanjawan 2021 dan RM20 bilion daripada Pemulih juga akan dimanfaatkan bukan sahaja oleh PKS malah oleh syarikat bersaiz sederhana.

Selain itu, menerusi Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pemulih, peniaga atau pengusaha PKS mikro yang layak akan menerima sebanyak RM500 pada September dan RM500 lagi pada November tahun ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM1,000.

Bagi meningkatkan jualan, golongan peniaga juga kini boleh beralih kepada perniagaan secara dalam talian dan menggunakan sistem e-tunai melalui Shop Malaysia Online dan Go eCommerce Onboarding.

Ia bertujuan menggalakkan lebih ramai peniaga PKS tempatan menjalankan perniagaan dalam talian.

Dalam keadaan yang masih mencabar ini, tentunya setiap bantuan begitu bermakna.

Tanpa mengira latar belakang, Belanjawan 2021, Permai, Pemerkasa, Pemerkasa+ dan pakej terkini, Pemulih akan membantu pemulihan dan kesejahteraan keluarga, perniagaan dan komuniti anda.

Gunakan panduan ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan ini.

Layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/ untuk mengetahui dan memastikan apakah jenis bantuan atau manfaat yang layak anda terima.

Reaksi peniaga

- “Alhamdullilah, Geran Khas Prihatin yang diumumkan sedikit sebanyak membantu kami perniaga buat modal berniaga dan bayar bil utiliti yang tertunggak. Ia meringankan beban untuk teruskan kehidupan.” - Peniaga, Shaiful Nizam Abd Malik, 33.

Shaiful Nizam Abd Malik
Shaiful Nizam Abd Malik

- “Pakej Pemulih yang diumumkan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban kami yang terkesan akibat ‘total lockdown’. Ia memberi harapan untuk perniaga seperti kami bertahan.” - Jurugambar, Mohd Aizad Abdullah, 35.

- “Bagi saya, Pakej Pemulih ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan mambantu 'survival' peniaga ketika ini. Tambahan bantuan ini boleh digunakan untuk membantu jika terdapat masalah aliran tunai dalam perniagaan.” - Peniaga, Affiqka Humaira Abdullah, 31.

Affiqka Humaira Abdullah
Affiqka Humaira Abdullah

- "Inisiatif Pakej Pemulih adalah wajar sebab ramai golongan PKS mikro yang terkesan akibat pandemik. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai kami.” - Peniaga, Nur Syazwana Mansor, 30.

Nur Syazwana Mansor
Nur Syazwana Mansor

- “Sebagai peniaga kecil-kecilan, Pakej Pemulih ini membantu saya menerusi Geran Khas Prihatin. Pada masa ini memang tak dinafikan mana-mana perniagaan akan terkesan sebab kurang pelanggan.” -Peniaga, Nor Asmawati Ab Rahim, 31.

Nor Asmawati Ab Rahim
Nor Asmawati Ab Rahim

- “Sejak pandemik, perniagaan sangat terjejas dangan komitmen yang lain perlu dibayar. Geran Khas Prihatin membantu menampung perbelanjaan kedai. Harapan saya agar bantuan seperti ini dapat diteruskan agar kami tidak gulung tikar.” - Peniaga, Siti Khadijah Ahmad, 31.

Siti Khadijah Ahmad
Siti Khadijah Ahmad

- "Saya menyambut baik inisiatif kerajaan melalui Pakej PEMULIH untuk bantu peniaga kecil yang terjejas. Pemberian geran berjumlah RM1,000 bukti kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi PKS mikro. Biarpun tak banyak, tapi tetap ada.” - Peniaga, Nur Lela Zulkipli, 32.

Nur Lela Zulkipli
Nur Lela Zulkipli

- “Kami di sektor pembinaan terkesan kerana sektor bukan kritikal dan tak dibenarkan operasi. Pakej PEMULIH yang diberi dapat menyokong perniagaan dan mengurangkan kos. Pekerja juga dapat teruskan hidup dengan bantuan tunai ini.” - Kontraktor, Nur Mariani Mohd Zaki, 33.

Nur Mariani Mohd Zaki
Nur Mariani Mohd Zaki