X

Kindly register in order to view this article
!

Bata tambah 'power' kontinjen Malaysia

Duncan (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Mohamad Norza pada Khamis.
A
A

KONTINJEN Malaysia yang beraksi pada temasya Olimpik Tokyo mendapat tambahan semangat apabila syarikat Bata Malaysia tampil memberikan tajaan dua jenis kasut kepada atlet negara.

Menerusi satu kenyataan, Bata Malaysia menaja kasut kulit dan kasut sukan Power yang baru direka untuk setiap atlet yang mewakili negara ke temasya di Tokyo itu.

"Kami sangat berbesar hati untuk menjadi rakan kasut rasmi untuk MOM dan juga kontinjen negara.

"Kami memperbaharui kasut eksklusif Power dengan rekaan baharu dan warna yang bersesuaian dengan pemakaian untuk menunjukkan semangat membara atlet negara kita," kata Duncan.

Majlis penajaan terbabit diadakan Isnin lalu yang dihadiri Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; ketua kontinjen negara, Datuk Lee Chong Wei dan Bata Malaysia diwakili Pemangku Pengurus Negara, Duncan Cowe serta Ketua Pemasaran, Diana Wong.

Dalam masa sama, Norza mengucapkan terima kasih atas kerjasama dengan jenama terbabit yang tidak henti memberi sokongan kepada MOM sejak 2001.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!