X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba bantu angkat mayat wanita obes

Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Melaka.
A
A

MELAKA - Bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk mengangkat mayat seorang wanita seberat 230 kilogram yang meninggal dunia di rumahnya di Taman Desa Damai Cheng, pagi Khamis.

Mangsa berusia 33 tahun dan mempunyai sejarah penyakit asma dipercayai terjatuh dari sofa sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dengan dua buah jentera selepas menerima panggilan kecemasan daripada suami mangsa pada jam 7.09 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di kediaman mangsa kira-kira jam 7.19 pagi dan mendapati mayat wanita itu dalam keadaan terlentang di atas lantai ruang tamu.

"Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengangkat mangsa sebelum dipindahkan ke atas lori angkut bomba.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!