Dua pemain enggan divaksinasi, kelab dibadai Covid-19

Spezia Calcio mengesahkan jumlah warga kem Aquilotti positif Covid-19 kini meningkat kepada 15 orang.
Spezia Calcio mengesahkan jumlah warga kem Aquilotti positif Covid-19 kini meningkat kepada 15 orang.
A
A
A

PENDATANG baharu Serie A, Spezia Calcio mengesahkan jumlah warga kem Aquilotti, positif Covid-19 kini meningkat kepada 15 orang dengan empat daripadanya melibatkan skuad utama meliputi pemain dan barisan kejurulatihan kelab itu.

Spezia Calcio ditubuhkan tahun 1906, pada awal minggu ini melaporkan bahawa 11 individu di kelab itu positif Covid-19 hasil ujian perubatan.

Menurut ketua pegawai perubatan Aquilotti, penularan dipercayai berpunca tindakan dua pemain menolak untuk menerima suntikan vaksin.

"Kami telah memberikan dos pertama vaksin, tetapi dua pemain tidak mahu menerimanya, dan dari situlah penularan kluster bermula.

"Namun kami cukup bernasib baik apabila semua pemain berada dalam keadaan sihat, dan pihak kelab mula giat melakukan proses vaksinasi," kata Ketua Pegawai Perubatan Spezia Calcio, Profesor Vincenzo Salini kepada sebuah stesen radio tempatan.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) bercadang menjadikan vaksinasi sebagai mandatori untuk semua pemain saingan Serie A dan Serie B 2021/22.

“Seharusnya pemain-pemain divaksinasi, namun apa yang boleh kami di kelab lakukan adalah menggalakkan mereka mengambil vaksinasi," ujar Vincenzo Salini lagi.

Untuk rekod, pemain dan kakitangan The Azzurri telah divaksinasi selepas menggalas cabaran Itali pada Euro 2020 sebelum ini.

Artikel Berkaitan: