Atlet Australia terlepas slot Tokyo 2020

Kermond
Kermond
A
A
A

ATLET equestrian Australia, Jamie Kermond terlepas peluang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas didapati positif kokain.

"Kermond dilarang mengambil bahagian dalam acara yang berkaitan dengan WADA, termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020, sementara hukuman masih berjalan," kata Equestrian Australia (EA) dalam kenyataan pada Rabu

Jelas EA lagi, atlet equestrian berusia 36 tahun dari Warrnambool, Victoria itu yang dalam penampilan pertamanya di Tokyo 2020 didapati positif metabolite semasa ujian pada 26 Jun lalu.

"Sampel A, Kermond positif hasil ujian dilakukan badan Intergriti Sukan Australia," jelasnya lagi.

Penggantungan Kermond secara tidak langsung merupakan tamparan kepada Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC) beberapa hari menjelang majlis pembukaan temasya terbesar sukan dunia itu.

Artikel Berkaitan: