X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

49 jemaah solat sunat Aidiladha ditahan

Tular di laman sosial video berdurasi 22 saat memaparkan sekumpulan jemaah melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan raya yang didakwa tidak mematuhi SOP ditetapkan.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seramai 48 lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selepas mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, tangkapan dibuat di sekitar Juru pada petang Selasa bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Mohd Suhaily sebelum ini berkata, pihaknya sedang mengesan kira-kira 200 individu yang menunaikan solat Aidiladha di kawasan lapang berdekat surau Taman Pelangi, Juru selepas video mereka tular di laman media sosial.

Menurutnya, mereka yang majoritinya warga asing bertindak solat di kawasan lapang tersebut selepas surau di kawasan perumahan berkenaan sudah melebihi kapasiti jemaah iaitu 100 orang seperti dibenarkan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Polis Pulau Pinang memohon maaf atas kegagalan pihaknya mengesan lebih awal aktiviti solat sunat Aidiladha yang diadakan berhampiran Surau Taman Pelangi di sini, pada Selasa.

Jelasnya aktiviti solat sunat Aidiladha yang dihadiri lebih 200 jemaah itu diluar kawalan pihak surau walaupun pengurusannya telah mengambil beberapa tindakan termasuk menutup pintu pagar.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis P Pinang mohon maaf gagal kesan ratusan jemaah solat Aidiladha luar surau

Solat Aidiladha luar surau: KDN minta penjelasan Ketua Polis P Pinang


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!