X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

'Mahu akhiri kemarau emas Olimpik di Tokyo 2020'

Liu Ying dan Peng Soon bertekad beri aksi terbaik di Tokyo 2020.
A
A

BEREGU campuran profesional negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berazam mengakhiri penantian kilauan emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan membuka tirainya 23 Julai ini.

Liu Ying bertekad untuk membanggakan negara sekiranya dapat memenangi pingat emas sulung pada penampilan ketiga gandingan itu di Olimpik selepas London 2012 dan Rio 2016.

Pemenang pingat perak pada edisi di Rio 2016 itu selamat tiba di Tokyo semalam.

“Memenangi emas dalam Sukan Olimpik akan memberi kegembiraan tidak terhingga sepanjang karier saya dan tidak mampu bertahan selama ini tanpa sokongan berterusan daripada seluruh peminat yang menaruh kepercayaan kepada kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh penajanya, Yobick, pada Isnin.

Dalam pada itu, Peng Soon berkata mereka akan menampilkan persembahan terbaik setiap kali turun ke gelanggang di Musashino Forest Sport Plaza located di Chōfu, Tokyo.

Yobick adalah jenama minuman berasaskan yogurt keluaran Jepun.

Gandingan tersebut menjadi duta produk Yogurt sejak 2019.

Di Tokyo, Peng Soon-Liu Ying diundi dalam Kumpulan D bersama gandingan China, Wang Yilyu-Huang Dongping; Tang Chun Man-Yse Ying Suet (Hong Kong) dan Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dari Jerman. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!