Hanya mampu berpaut pada bot

Usaha pantas PPM Wilayah 1 Langkawi berjaya menyelamatkan dua mangsa yang berpaut pada bot yang karam.
Usaha pantas PPM Wilayah 1 Langkawi berjaya menyelamatkan dua mangsa yang berpaut pada bot yang karam.
A
A
A

ALOR SETAR - Tindakan pantas Polis Penyelamat Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi berjaya menyelamatkan dua nelayan yang berpaut pada bot mereka yang karam di Perairan Laut Pulau Engang, Kuah Langkawi pada malam Isnin.

Komander PPM Wilayah 1 Langkawi, ACP Rosman Ismail berkata, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil maklumat Botronda RH 9 telah ke lokasi dan pada jam lebih kurang 11.30 malam telah berjaya mengesan sebuah bot pukat tunda kelas B 1 dalam keadaan karam dan mangsa berpaut pada bot dan dibawa balik ke PPM W1 Langkawi untuk tindakan lanjut," katanya.

Rosman berkata, sebelum itu, pada 25 Februari jam lebih kurang 10.55 malam, Botronda RH 9 di ketuai koperal bersama tiga anggota bot semasa menjalankan Op Gelora menerima maklumat dari Komunikasi PPM W1 Langkawi mengenai kejadian bot karam di Perairan Laut Pulau Engang.

Menurutnya, mangsa, Husain Saidin, 45, bersama seorang lelaki dikenali Din yang juga menantunya.

"Laporan polis telah dibuat dan keluarga mangsa telah dihubungi dan dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan selamat," katanya.

Artikel Berkaitan: