X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes turun, rekod 10,710 hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes kematian tertinggi direkodkan pada Ahad iaitu sebanyak 153 menjadikan jumlah keseluruhannya 7,019 kes.

Bagaimanapun, kes harian positif Covid-19 merekodkan sedikit penurunan iaitu 10,710 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, jumlah itu membabitkan 6,317 kes kategori satu manakala 4,162 kes kategori dua iaitu bergejala ringan.

Beliau memberitahu, sebanyak 91 kes mengalami radang paru-paru (kategori tiga), 45 kes dikesan mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan (kategori empat) sementara 95 kes yang lain adalah kritikal (kategori lima).

Dr Noor Hisham melalui Facebooknya sebelum itu memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu iaitu 4,828 diikuti Kuala Lumpur (945), Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696) dan Sabah (666).

Selain itu, Perak pula merekodkan 407 kes, Pahang (369), Pulau Pinang (295), Melaka (289), Sarawak (261), Terengganu (123), Putrajaya (51), Labuan (50) dan Perlis (5).

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 916,561 kes," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 124,593 jumlah kes aktif direkodkan di seluruh negara termasuk 909 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU).

"Sebanyak 445 kes adalah memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, sebanyak 5,778 kes sembuh sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya, 784, 949 kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!