Azizulhasni, lima doktor terima gelaran Datuk

Azizulhasni antara sembilan individu menerima anugerah Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk berkuat kuasa pada Ahad.
Azizulhasni antara sembilan individu menerima anugerah Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk berkuat kuasa pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang bersama sembilan individu menerima anugerah Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk berkuat kuasa pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Datuk Isa @ Ghazali Endut pada Ahad.

Selain Azizulhasni, gelaran itu turut dianugerahkan kepada lima doktor iaitu Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Kasemani Embong; Pakar Perunding Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Ahmad Kashfi Abd Rahman; Pakar Perunding Anesthesiologi & Intersivist HSNZ, Dr Mohd Ridhwan Mohd Noor dan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/ Ketua Bilik CPRC Covid-19, Dr Hasnan Arwit @ Hassan.

Turut menerima darjah kebesaran tersebut ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Azri Sani Mazlan; Pengerusi Eksekutif Hours Entertrade (M) Sdn Bhd, Md Nor Ismail; Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Mohamad Zahari Harun dan Pengarah Urusan Arup Jururunding Sdn Bhd, Ir Wan Anuar Wn Endut.

Satu-satunya penerima Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S. S. M. Z.) yang membawa gelaran Datuk Seri dikurniakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Empat lagi doktor menerima Darjah Kebesaran Seri Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S. M. T) ialah Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Saifur Rahman Muhammad; Pakar Patologi HSNZ, Dr Fatimah Haslina Abdullah; Ketua Penolong Kanan Primer/Ketua Bilik CPRC, Dr Azmani Wahab dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu, Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.

"Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Sehubungan itu, Tuanku Sultan menzahirkan ucapan tahniah atas penganugerahan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: