X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada kesesakan ketara di Plaza Tol Bentong

Laporan menyatakan berlaku kesesakan di kedua arah pagi tadi. Gambar kecil: Zaiham Mohd Kahar
A
A

BENTONG - Tiada kesesakan ketara berlaku sebelum masuk ke Plaza Tol Bentong arah Kuantan setakat petang ini dan kenderaan hanya bertumpu di kawasan plaza tol kerana ada Sekatan Jalan Raya (SJR).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis sentiasa mengetatkan kawalan dan akan melakukan pemeriksaan teliti ke atas semua pengguna jalan raya.

"Mungkin itu yang menyebabkan berlaku sedikit pertambahan kenderaan tetapi tidak terlalu ketara seperti sebelum ini dan tiada kesesakan yang panjang," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai gambar tular di media sosial mengenai laporan kadar trafik yang dikatakan agak sesak sekitar jam 11 pagi tadi dari sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah ke Barat dan Kuala Lumpur dan sebelum masuk Plaza Tol Bentong arah ke Timur dan Kuantan.

Zaiham turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalah gunakan kebenaran yang diberikan untuk melakukan rentas.

"Mereka yang merentas ini mempunyai surat kebenaran daripada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri). Jangan disalahgunakan surat itu terutamanya bertujuan bercuti menyambut Aidiladha.

"Negara masih mencatatkan kes Covid-19 yang agak tinggi dan masyarakat perlu memikul tanggungjawab memastikan rantaian wabak ini diputuskan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!