X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Khutbah Hari Arafah diterjemah ke 10 bahasa dunia

Umat Islam berkumpul di Gunung Arafah atau Jabal Rahmah pada Hari Arafah yang merupakan kemuncak ibadah haji. - Foto AFP Kod QR bagi mendengar khutbah Hari Arafah di portal manaratalharamain.
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam di seluruh dunia boleh mendengar khutbah Hari Arafah yang disiarkan secara langsung di portal Manaratalharamain pada 19 Julai depan dengan terjemahan 10 bahasa termasuk bahasa Melayu.

Khutbah Arafah dari Masjid Namirah yang akan disampaikan oleh Fadhilatu Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Balilah itu turut diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Persia, Rusia, Banggali, Cina, Turki dan Hausa.

Menurut kenyataan Projek Terjemahan Khutbah Arafah, Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah diamanahkan oleh

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Penjaga Dua Tanah Suci bagi melaksanakan projek berkenaan.

“Projek ini bagi menyempurnakan kesungguhan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah haji selain menyampaikan khutbah dengan lebih meluas.

“Program ini disiarkan secara audio di portal Manaratalharamain dan boleh diakses jemaah haji di Padang Arafah serta seluruh dunia,” kata kenyataan tersebut.

Orang ramai boleh mengimbas kod QR untuk mengakses portal berkenaan bagi mendengar khutbah yang dijadualkan pada jam 12.30 tengah hari waktu Makkah atau 9.30 pagi waktu Malaysia.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!