Aktiviti sindiket Love Scam di kondo mewah terbongkar

Anggota dan pegawai JIPS Bukit Aman menjalankan pemeriksaan di satu unit kondominium di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Gambar kanan: Azmi Shukor menyoal siasat individu disyaki terlibat dengan sindiket Love Scam.
Anggota dan pegawai JIPS Bukit Aman menjalankan pemeriksaan di satu unit kondominium di Kuala Lumpur pada Jumaat. Gambar kanan: Azmi Shukor menyoal siasat individu disyaki terlibat dengan sindiket Love Scam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taktik sindiket penipuan dalam talian Love Scam yang berselindung di sebalik kondominium mewah di Kuala Lumpur terbongkar selepas diserbu polis pada Jumaat.

Serbuan sempena Ops Pelican yang diketuai Pegawai Turus Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Superintendan Azmi Shukor berjaya menahan 18 individu termasuk empat wanita warga China di lima unit kondominium pada jam 5.30 petang.

Menurut sumber, dalam serbuan itu polis merampas 15 komputer riba, 54 telefon bimbit, satu tablet, sebuah peti besi, lima modem, 24 kad pengeluaran tunai pelbagai bank, tujuh buku skrip perbualan 'scammer' dan wang tunai RM101,428.

"Siasatan awal mendapati kondominium itu dijadikan sebagai 'calling centre' sejak dua bulan lalu.

"Individu yang ditahan dipercayai dibayar gaji sebanyak RM3,500 hingga RM5,000 seorang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, hasil analisa mendapati modus operandi sindiket penipuan Love Scam itu menyasarkan mangsa warga China dengan menggunakan platform Soul.

"Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Bahagian Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan Dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan: