X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Wartawan Reuters terbunuh di Afghanistan

Danish Siddiqui
A
A

NEW DELHI - Wartawan Reuters yang berpangkalan di India dan pernah merangkul anugerah terbunuh dalam satu pertempuran antara pasukan Afghanistan dan Taliban di wilayah Kandahar.

Danish Siddiqui bersama komando Afghanistan sedang membuat liputan mengenai di Kandahar sejak beberapa hari lalu.

Beliau terkorban di daerah Spin Boldak, menurut laporan Tolo News.

"Sedih dan terkejut mendengar berita kematian seorang sahabat," kata Duta Afghanistan ke India, Farid Mamundzay di akaun Twitternya pada Jumaat.

Utusan khas itu berkata, kejadian berlaku malam Khamis.

Danish pernah memenangi Hadiah Pulitzer 2018 menerusi rencana bergambar mengenai krisis pelarian Rohingya.

Berusia awal 40-an, baru-baru ini beliau menerima pengiktirafan atas hasil kerjanya termasuk berkaitan pandemik Covid-19 dan tunjuk perasaan di India.

Beliau merupakan alumni universiti Jamia Millia Islamia di New Delhi. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!