5 Hari tayangan, Misteri Dilaila kutip RM4 Juta

 Instagram Zul Ariffin
Instagram Zul Ariffin
A
A
A

BIARPUN pengarahnya Syafiq Yusof tidak meletakkan sebarang sasaran untuk kutipan filem terbaharu arahannya, Misteri Dilaila, namun filem yang mula ditayangkan di pawagam pada 21 Februari lalu ini sedang mendapat sambutan hangat.

Malah dalam masa lima hari tayangannya, filem lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor dan Namron ini telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta.

No Image Caption

Teraju utamanya, Zul Ariffin turut berkongsi tentang berita tersebut dengan merakamkan ucapan terima kasihnya atas sokongan peminat.

“Alhamdulillah.. hasil sokongan anda semua, Misteri Dilaila telah meraih kutipan RM4juta dalam tempoh lima hari tayangan! Terima kasih semua,” tulis Zul di laman Instagramnya.

Filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini buat julung kalinya dalam sejarah perfileman tanah air yang yang menampilkan sebuah filem dengan dua pengakhiran berbeza.

Artikel Berkaitan: