Cardiff City FC lantik Jalil sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Kelab

Cardiff City
Cardiff City
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation, Jalil Rasheed telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif baharu Kelab Bola Sepak Cardiff City.

Kelab yang berpangkalan di Wales itu mengumumkan bahawa Jalil akan membantu kelab dalam membuat keputusan dan perancangan strategik serta bekerjasama rapat dengan pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi, Mehmet Dalman dan Pengarah Eksekutif dan CEO, Ken Choo.

“Jalil mempunyai 18 tahun pengalaman kerjaya pelaburan global, bersama syarikat seperti Abrdn & Invesco dengan peranan sebagai pemimpin kanan di Eropah dan Asia. Jalil juga pernah menjadi CEO Kumpulan dana pelaburan negara PNB termuda pada usia 37 tahun.

“Kami yakin penyokong City akan bergabung dengan Lembaga dan Kelab untuk mengalu-alukan kehadiran Jalil dan berharap dapat mencipta kejayaan bersama pada masa depan,” menurut kenyataan oleh Cardiff City FC dalam laman web rasmi kelab.

Sementara itu, Jalil menerusi akaun Twitter berkata, beliau berasa istimewa dan bangga untuk terlibat dalam sukan yang sangat disayanginya itu.

“Walaupun saya tidak dapat berada di sana disebabkan sekatan perjalanan, tapi akan sentiasa memberikan sokongan dari jauh,” katanya.

The Bluebirds akan beraksi setahun dalam kejuaraan, tier dua Bola Sepak Inggeris selepas menamatkan saingan pada kedudukan kelapan daripada 24 pasukan musim lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: