X

Kindly register in order to view this article
!

'PBT ada kuasa tutup, kompaun kilang'

Datuk Zuraida Kamaruddin - Foto Bernama
A
A

MARAN - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mempunyai kuasa untuk menutup mana-mana kilang yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kuasa itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang sedia ada.

Beliau menafikan dakwaan kononnya PBT tidak mempunyai kuasa mengarahkan penutupan kilang yang mendatangkan risiko kepada kesihatan awam.

"Pada 29 Jun lalu, kerajaan Pusat telah menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri (PBT) untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak, kilang yang tidak mengikut SOP ditetapkan, mereka boleh dikompaun.

"Kalau kita mengambil contoh di Selangor dan mereka kata tidak ada kuasa untuk menutup kilang sedangkan ia (kuasa) itu sudah diturunkan kepada mereka melalui Akta 432.

“Selain itu, mereka (PBT) juga boleh menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang secara jelas membenarkan semua PBT mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan penutupan premis atau kilang yang menjejaskan kesihatan orang ramai.

“Jadi, tidak betul kalau mereka (kerajaan Selangor) cakap mereka tidak ada kuasa kerana kami (kerajaan Pusat) sudah turunkan kuasa kepada mereka dan boleh guna Akta 171 bagi menutup kilang terbabit,” katanya.

Zuraida mengadakan lawatan kerja sempena Pelancaran Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Orang Ramai Kampung Serengkam pada Khamis.
Zuraida mengadakan lawatan kerja sempena Pelancaran Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Orang Ramai Kampung Serengkam pada Khamis.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja sempena Pelancaran Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Orang Ramai Kampung Serengkam pada Khamis.

Hadir sama Timbalan Menteri KPKPT yang juga ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Pada Rabu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Selangor, Ng Sze Han memaklumkan PBT tidak mempunyai kuasa berkaitan kawalan jangkitan penyakit untuk menutup kilang bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja.

Sebaliknya, Sze Han mendakwa kuasa itu terletak di bawah kerajaan Pusat untuk menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membolehkan arahan penutupan kilang atau premis perniagaan dibuat.

Menyentuh mengenai program MOVAK, Zuraida berkata, program ini berlangsung selama tiga hari bagi membantu meningkatkan jumlah kehadiran penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurutnya, sebanyak 950 dos suntikan vaksin dijadualkan akan diterima oleh penduduk di Kuala Wau, Kampung Orang Asli Merbau dan Kampung Pesagi di sini dengan menggunakan lima unit bas sebagai PPV bergerak di daerah Maran.

"Kami peringkat kerajaan tiada kemudahan PPV yang kekal (statik), sebaliknya ia dilakukan secara bergerak untuk memudahkan kami ke kawasan pendalaman untuk tujuan vaksin," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:PBT tiada kuasa tamatkan lesen kilang di Selangor: Exco


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!