X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Vaksin untuk pelajar STPM akan disegerakan

A
A

KANGAR – Pemberian vaksin Covid-19 kepada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipercepatkan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.

“Mengikut perancangan kita, pelajar yang akan berhadapan dengan peperiksaan STPM akan disegerakan kemudahan pemberian vaksin mereka,” katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengeluarkan garis panduan untuk golongan yang berumur 18 tahun mendapatkan vaksinasi Covid-19.

“Walaupun tarikh lahir di kad pengenalan masih belum cukup 18 tahun tetapi dari segi tahun sudah berumur 18 tahun, mereka akan menerima vaksin dengan syarat mendapat kebenaran daripada ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, sehingga semalam sebanyak 80,780 orang atau 31 peratus rakyat Perlis telah menerima vaksin dos pertama manakala 57,628 orang lagi telah selesai menerima dos kedua iaitu 22 peratus. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!