Pensyarah maut kenderaan terjunam dalam sungai

Kenderaan jenis pacuan empat roda Ford Ranger milik Abdullah dibawa naik selepas terjunam ke dalam sungai. - Gambar Ihsan Pembaca (Mangsa Abdullah Derahman)
Kenderaan jenis pacuan empat roda Ford Ranger milik Abdullah dibawa naik selepas terjunam ke dalam sungai. - Gambar Ihsan Pembaca (Mangsa Abdullah Derahman)
A
A
A

PASIR MAS - Seorang pensyarah maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kampung Chicha Tinggi, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Abdullah Derahman, 56.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, semasa kejadian mangsa memandu sendirian dari arah Paloh menghala ke Chicha Tinggi.

"Setibanya di tempat kejadian (atas Jambatan Paloh), kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang besi jambatan.

Lokasi di mana kenderaan milik mangsa ditemui terjunam ke dalam sungai di Chicha Tinggi, Pasir Mas pada Selasa. - Gambar Ihsan Pembaca
Lokasi di mana kenderaan milik mangsa ditemui terjunam ke dalam sungai di Chicha Tinggi, Pasir Mas pada Selasa. - Gambar Ihsan Pembaca

"Pacuan empat roda ini kemudiannya terjunam ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian dipercayai akibat lemas.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987