X

Kindly register in order to view this article
!

HTAR Klang ubah asrama doktor pelatih jadi wad Covid-19

Petugas kesihatan memakai kelengkapan alat perlindungan diri ketika memberi rawatan kepada pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi Hybrid HTAR Klang. - Foto Bernama
A
A

KLANG - Pemindahan doktor pelatih Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dari Asrama Doktor Pelatih Blok A dan B ke bangunan Asrama Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) bertujuan mengoptimumkan penggunaan fasiliti itu yang berfungsi sebagai wad Covid-19 berisiko rendah.

HTAR Klang dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat semasa lawatan Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi bersama Unit Pembangunan, Jabatan Perubatan, Unit Pentadbiran dan Unit Fasiliti Hospital ke Asrama Doktor Pelatih Blok A pada 5 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan lawatan itu, Pengarah telah membuat keputusan untuk menukar fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih sebagai Wad Covid-19 kategori satu dan dua.

"Sehubungan itu, penghuni Blok A Asrama Doktor Pelatih yang menempatkan 10 doktor pelatih wanita dan blok B menempatkan dua doktor pelatih lelaki akan dipindahkan ke Asrama Pelajar Perubatan UM selepas kerja-kerja penyelenggaraan dibuat di Blok B dan E Asrama Pelajar Perubatan UM," kata kenyataan itu pada Rabu.

Kenyataan itu memaklumkan, notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B Asrama Doktor Pelatih supaya berpindah ke Asrama Pelajar Perubatan UM dalam tempoh empat hari sejak Jumaat lalu.

"Pada masa sama, pihak konsesi membuat kerja-kerja penyelenggaraan di Asrama Pelajar Perubatan UM untuk menerima doktor pelatih yang sebelum ini ditempatkan di Asrama Doktor Pelatih.

"Selepas semua pemindahan doktor pelatih ke Asrama Pelajar Perubatan UM selesai dilakukan pada Isnin lalu, fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih telah ditukarkan kepada Wad Covid-19 berisiko rendah," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!