England intai bidaan Piala Dunia 2030

Stadium Wembley venue perlawanan akhir Euro 2020 menemukan England dan Itali pada awal pagi Isnin lalu. FOTO: AFP.
Stadium Wembley venue perlawanan akhir Euro 2020 menemukan England dan Itali pada awal pagi Isnin lalu. FOTO: AFP.
A
A
A

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson menaruh keyakinan dengan perkembangan terkini England dan Ireland berupaya memenangi bidaan hak penganjuran Piala Dunia 2030.

“Biarpun ini merupakan proses yang panjang dan sukar, namun saya berpendapat bahawa United Kingdom mempunyai kes yang sangat baik bersama-sama dengan Ireland dan kami akan membawa kes ini,” katanya pada sidang akhbar.

Untuk rekod, England sebelum ini menjadi tuan rumah Piala Dunia England 1966, gagal memenangi bidaan untuk dua penganjuran selepasnya iaitu edisi 2006 dan 2018.

Ketika ditanya sama ada peluang England akan terjejas susulan insiden penyokong-penyokong The Three Lions menyerbu Stadium Wembley pada perlawanan akhir pada awal pagi Isnin lalu berikutan ketiadaan tiket, Johnson berkata: “Saya rasa sangat memalukan apabila terdapat segelintir kecil penyokong-penyokong cuba merosakkannya, namun saya percaya mereka gagal merosakkan suasana, tentu saja tidak di stadium itu sendiri. Tetapi kita akan melihat apa sebenar yang berlaku.”

Artikel Berkaitan: