X

Kindly register in order to view this article
!

Tikam bapa saudara angkara selisih faham

Pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.
A
A

TANGKAK- Seorang lelaki menikam bapa saudaranya sendiri dengan pisau sehingga mati dalam kejadian di Sungai Mati, di sini pada pagi Isnin dipercayai akibat perselisihan faham.

Dalam kejadian pada jam 11.15 pagi itu, mangsa yang berusia 72 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera parah di muka, kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 1.19 tengah hari daripada seorang lelaki yang merupakan adik ipar mangsa.

“Berdasarkan maklumat diterima, mangsa ditikam oleh anak saudaranya yang juga seorang penganggur berusia 36 tahun di sebuah kediaman di Sungai Mati.

“Hasil siasatan awal, polis dapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa yang mana mereka tinggal serumah sejak suspek kecil.

“Susulan daripada siasatan dijalankan, polis menangkap suspek dan menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau jenayah dan satu kes rekod dadah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!