Kapal berlanggar di perairan Muar, JAS kesan tompokan minyak

Foto Facebook Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Foto Facebook Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan tompokan minyak di kapal yang terlibat dalam satu insiden pelanggaran di perairan Muar, Johor pada tengah malam Sabtu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, JAS telah membuat pemerhatian sepanjang Ahad dan mendapatkan butiran berhubung insiden pelanggaran kapal di perairan Muar.

“Berdasarkan siasatan, terdapat tompokan lapisan nipis minyak setempat dalam radius sekitar 50 hingga 150 meter di kawasan kapal. JAS terus menjalankan pemerhatian dan mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa daripada Jabatan Laut Wilayah Selatan.

“Prosedur Tier 2 Kawalan Tumpahan Minyak akan diaktifkan jika perlu untuk kerja kawalan dan pembersihan. Terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Pada Sabtu, sebuah kapal tangki, MV Gagapagos dan sebuah kapal kargo, MV Zephyr Lumos berlanggar di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya kuala Sungai Muar.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, kegagalan sistem kemudi pada kapal MV Gagapagos disyaki menjadi punca kepada pelanggaran tersebut.

Bagaimanapun, dalam laporan berasingan, Nurul Hizam memaklumkan bahawa tiada nyawa yang terkorban dalam insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kapal berlanggar di perairan Muar

Artikel Berkaitan:

Kegagalan sistem kemudi punca pelanggaran kapal di perairan Muar