X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

'UMNO mahu PM selesai Covid-19, bukan fikir kekalkan kuasa'

Najib Tun Razak
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat bahawa UMNO mahu Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan mampu menyelesaikan masalah Covid-19 secepat mungkin bukan memikirkan cara untuk kekalkan kuasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendesak beliau meletakkan jawatan dengan segera bukan disebabkan parti itu gilakan kuasa.

“UMNO cuma mahu seorang PM (perdana menteri) dan pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) baharu untuk fokus menyelesaikan masalah Covid-19 secepat mungkin tanpa memikir bagaimana nak kekalkan kuasa atau 'katak' yang mana lagi boleh dibeli.

“UMNO tak gila kuasa. Cadangan UMNO ialah PM8 (Muhyiddin) perlu mengambil tanggungjawab untuk undur setelah keadaan Covid-19 dan ekonomi negara tambah berkali ganda lebih teruk biarpun kerajaan telah diberi kuasa penuh darurat selama bulan bulan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook milik beliau pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, selepas negara mencapai imuniti kelompok dan krisis Covid-19 selesai, Parlimen bakal dibubar, malah mandat akan diberikan kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah kerajaan.

Menurutnya, ia selari dengan kehendak Muafakat Nasional (MN) pada Februari tahun lalu selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Selari juga dengan jaminan PM8 untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin dalam tempoh setahun selepas penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagaimana yang dijanjikan beliau (Muhyiddin) kepada UMNO sewaktu mahukan UMNO menyokongnya.

“Justeru, UMNO mahu serahkan kembali kuasa. UMNO tak mahu beli 'katak', tak ada ‘scheme of things’ atau buat darurat dengan alasan demi alasan bodoh untuk kekalkan kuasa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!