X

Kindly register in order to view this article
!

Proton Pesona berwajah baharu diperkenalkan

A
A

PROTON Holdings Bhd telah mengeluarkan foto rasmi pertama Proton Persona berwajah baharu, sedan keluarga segmen B syarikat itu yang memenangi anugerah.

Persona baharu itu yang bakal dilancarkan tahun ini bersama Proton Iriz, adalah model pertama syarikat tersebut yang mengalami pengubahsuaian luaran sejak bermulanya kerjasama Proton dengan Geely pada 2017, kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Bahagian luaran baharu itu akan memaparkan imej sambungan pintar ditambah dengan estetika elegan dengan buatan kemas yang menjadikan Persona lebih menonjol berbanding pesaingnya.

“Ia juga membawa elemen reka bentuk keluarga baharu Proton yang akan ditampilkan dalam semua model yang akan datang,” kata syarikat itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!