Terpulang mulut orang: Azwan rugi RM10,000

Pelakon, Azwan Kombos
Pelakon, Azwan Kombos
A
A
A

TIDAK berpuas hati dengan hasil yang digambarkan, pelakon, Azwan Kombos, 34, tampil meluahkan perasaan di akaun instagramnya.

Ujarnya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, tujuan pelakon drama popular Mak Cun berbuat demikian adalah untuk mendapatkan pandangan daripada orang ramai berhubung hasil video iklan produk selain memuaskan hati sendiri.

“Tidak terlintas pun di fikiran saya nak menjadikan isu ini sebagai salah satu strategi pemasaran saya atau pun gimik.

“Sebab saya tahu kekuatan media sosial saya macam mana apatah lagi untuk tular.

“Tapi kalau netizen dan masyarakat anggap isu ini sebagai marketing, ia adalah bonus untuk produk saya sebab sudah labur RM10,000,” jelasnya.

Instagram Azwan Kombos
Instagram Azwan Kombos

Mengulas lanjut, Azwan atau nama lengkapnya Mohamad Al-Azwan Kombos, berkata, tidak ada salahnya andai masih mahu bercakap mengenai isu terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Kalau orang lain berkata saya buat marketing murahan, tidak bersyukur atau tidak sepatutnya bercakap sebegitu, itu terpulang kepada mereka kerana saya tidak menyebut nama produksi berkenaan.

“Saya pun tak mahu bagi publisiti percuma atas apa yang telah mereka buat kepada saya,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Azwan memuat naik hasil video produknya di Instagram yang diipercayai proses pembikinan menelan kos besar selain memakan masa yang panjang selama 17 jam.