UMNO sepatutnya sudah lama diberikan jawatan TPM

Ismail Sabri memulakan tugas beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.
Ismail Sabri memulakan tugas beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.
A
A
A

PONTIAN - Jawatan Timbalan Perdana Menteri sepatutnya sudah lama diberikan kepada UMNO iaitu sebaik sahaja kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentuk pada Mac tahun lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti sebagai parti terbesar dengan 43 kerusi dan selayaknya mendapat jawatan tersebut.

"Dalam politik ini, perlulah berlaku adil. Jika tidak, gabungan yang dibentuk itu tidak stabil.

"Sewajarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri itu dari sudut politiknya sudah diberikan sejak awal lagi kepada UMNO apabila kerajaan ini (PN) dibentuk pada Mac tahun lalu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan pek makanan kepada guru besar dan pengetua sekolah secara pandu lalu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian, Benut di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan

Kerajaan PN belum runtuh, sokongan 32 MP BN tidak berganjak

Pas istiqamah sokong Muhyiddin

Sementara itu, Ahmad menafikan dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin bahawa seramai 30 ahli Parlimen daripada UMNO bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti.

Artikel Berkaitan:

"Dalam kalangan ahli Parlimen UMNO, tiada gerakan untuk meminta Presiden meletakkan jawatan kerana tiada sebab perkara itu hendak dibuat.

"Ahmad Zahid belum didapati melakukan apa-apa kesalahan. Kesnya juga masih lagi di mahkamah dan belum ada apa-apa lagi keputusan," jelas beliau.

Ahmad (tengah) menyerahkan sumbangan pek makanan kepada guru besar sekolah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Pontian pada Ahad.
Ahmad (tengah) menyerahkan sumbangan pek makanan kepada guru besar sekolah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Pontian pada Ahad.