Pas istiqamah sokong Muhyiddin

Kenyataan media Pas pada Khamis.
Kenyataan media Pas pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas bersama kesemua 18 ahli Parlimen parti itu memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas kesal dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya ketika kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi.

"Pas menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Amanah yang perlu digalas dengan jujur, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan

Artikel Berkaitan: