Sila log masuk terlebih dahulu.

Selvax perlu ditambah baik, elak rakyat keliru

- Foto 123RF (Gambar kecil: Muhamad Shazlee)
- Foto 123RF (Gambar kecil: Muhamad Shazlee)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor diminta bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam menguruskan Program Vaksin Selangor (Selvax) bagi mengelak kekeliruan rakyat.

Setiausaha Penggerak Komuniti Negara (PKN) Selangor, Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee berkata, banyak aduan diterima berhubung pengurusan pemberian vaksin yang dijalankan kerajaan negeri seperti tarikh janji temu diterima berbeza antara Selvax dan MySejahtera.

Selain itu, kata beliau, pada 1 dan 2 Julai lalu, heboh di media sosial berhubung penduduk Lembah Jaya meluahkan rasa marah dan tertipu dengan penangguhan program Selvax di kawasan berkenaan kerana tidak dimaklumkan lebih awal.

"Ada juga yang mengatakan mereka tidak tahu-menahu mengenai perkembangan Selvax kerana tidak dihebahkan melalui laman media sosial rasmi Task Force Covid-19 Selangor.

'Ini hanyalah sebahagian daripada kegusaran penduduk Selangor berhubung pengurusan vaksinasi di negeri tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Muhamad Shazlee berkata, adalah penting untuk kerajaan negeri Selangor mengetepikan perbezaan politik dan menjadikan kesihatan rakyat sebagai fokus utama.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan negeri Selangor mengutamakan program pemberian vaksin berbanding saringan Covid-19 secara besar-besaran.

"Kos untuk dua program ini hampir sama. Tidak seharusnya wang rakyat dibazirkan untuk program saringan memandangkan pemberian vaksin merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga menggesa data jumlah penerima vaksin di bawah Selvax dikemas kini di media sosial rasmi Task Force Covid-19 Selangor supaya rakyat dapat memantau perkembangan dan ketelusan program tersebut," ujarnya.