PKR nafi keluar kenyataan terima Ahmad Zahid masuk PKR

Kenyataan palsu yang tular pada Sabtu.
Kenyataan palsu yang tular pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar mengenai penyertaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke dalam parti tersebut.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa kenyataan akhbar yang tersebar mengenai perkara tersebut adalah palsu.

Pada Sabtu, tular sebuah kenyataan media yang didakwa daripada Anwar menyatakan penyertaan Ahmad Zahid ke dalam PKR selepas beliau dipercayai meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Kenyataan palsu bertarikh 10 Julai itu turut memaklumkan PKR bersetuju untuk melantik Ahmad Zahid Timbalan Presiden parti tersebut.

Turut tular pada hari ini adalah kenyataan palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai peletakkan jawatan oleh Presiden UMNO itu.

Seorang pegawai khas kepada Ahmad Zahid bagaimanapun menafikan mengenai perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: