Pemuda UMNO Titiwangsa, Yayasan Al Hussin hulur sumbangan

Nazir Hussin memuat naik status di Facebook beliau pada Jumaat.
Nazir Hussin memuat naik status di Facebook beliau pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dan Yayasan Al Hussin membelanjakan sebanyak RM360,000 untuk mengagihkan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada penduduk yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, setakat ini seramai 2,400 keluarga di Titiwangsa menerima sumbangan melalui 'Program Bantuan Covid 19' yang memasuki siri keenam sejak Mac tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 400 lagi ahli keluarga pada Julai ini dan program diteruskan sehingga pandemik berakhir

"Sebanyak 16 pek barangan keperluan asas diagihkan kepada setiap penerima bantuan termasuk beras, tepung dan minyak masak," ujarnya.

Jelas beliau, pada masa ini rakyat amat terkesan malah ada dalam kalangan mereka tidak mampu membeli bahan keperluan asas seperti makanan kerana terputus sumber pendapatan.

"Sebenarnya keadaan sangat kritikal dan harapan kami tidak mahu melihat ada rakyat menderita kelaparan.

"Apa pun berlaku, kita mahu melihat dapur mereka berasap dan mereka tidak putus bekalan makanan kerana saya menjangkakan keadaan ini (pandemik Covid-19) mengambil masa lama untuk pulih," katanya.

Artikel Berkaitan: