X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki ditahan bersama 22 biji durian musang king

Seorang lelaki ditahan bersama 22 biji durian musang king oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana memasuki hutan simpan tanpa permit. - (Gambar hiasan - Foto 123RF)
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki ditahan bersama 22 biji durian musang king oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kerana berada dalam Kompartmen 175 Hutan Simpan Kekal Batu Talam pada Khamis.

Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad berkata, lelaki berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu ditahan atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa mahu ke kebun miliknya yang terletak bersebelahan HSK Batu Talam untuk mengambil durian gugur namun secara tidak sengaja memasuki hutan simpan itu.

“Lelaki itu berjaya melepasi dua sekatan jalan raya (SJR) pihak berkuasa dengan alasan untuk ke kebunnya dan membawa geran tanah sebagai bukti.

“Kami tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit mengambil durian yang terdapat dalam hutan ini untuk menjualnya kepada pemborong.

“Jadi, dia ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan sementara motosikal dan 22 biji durian disita,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!