Cukup-cukuplah fitnah Pas!

HANAFIAH MAT
HANAFIAH MAT
A
A
A

KUALA TERENGGANU- “Cukup-cukuplah fitnah Pas. SPRM dah sahkan Pas bersih, dok padang (tak berbaloi) buat dosa,” tegas Adun Chukai, Hanafiah Mat.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu berkata, dia cukup kecewa kerana masih ada yang terus memfitnah Pas walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan tiada kemasukan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM90 juta ke dalam akaun parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN SPRM: Tiada duit RM90 juta masuk akaun Pas

Lebih menyedihkan katanya, sebahagian besar yang memfitnah Pas itu terdiri daripada rakan-rakannya.

“Saya nasihatkan, cukup-cukuplah. Mereka pun tahu memang Pas tidak ambil duit daripada UMNO. Pas telah berlawan dengan UMNO hampir 60 tahun.

“Tapi kerana ada segelintir daripada mereka yang terpengaruh dengan dakyah DAP dan mereka sudah tiada ‘point’ untuk kutuk Pas, mereka sanggup kata Pas ‘baham sen’ (rasuah).

“Sebab itu bila SPRM sahkan tiada duit masuk ke akaun Pas, masih ada suara-suara yang kata SPRM disogok oleh Pas sedangkan SPRM duduk di bawah Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Hanafiah, sekiranya dakwaan itu benar, dia dan pimpinan Pas yang lain sudah senang lenang dan tidak perlu bersusah-payah mencari dana bagi pilihan raya.

“Dalam pilihan raya yang lepas, saya terpaksa pinjam duit orang kerana Pas tidak menyediakan duit kepada kita. Jadi, takkan Pas nak makan seorang (kalau benar dakwaan itu). Mesti akan beri untuk pilihan raya, tapi memang tak ada.

Artikel Berkaitan:

“Ini semua kita kena beli. Bendera, baju, kayu, pacak bendera, minyak petrol kepada budak-budak yang buat kerja pun kita kena beli. Maknanya, memang daripada dulu Pas memang tiada duit,” katanya.

Beliau memberitahu, isu itu sebenarnya sudah selesai apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.