Neymar ketepikan seketika persahabatan dengan Messi

Neymar
Neymar
A
A
A

BINTANG Brazil, Neymar mahu mengenepikan seketika ikatan persahabatannya dengan tonggak Argentina, yang juga bekas rakan sepasukannya di Barcelona Lionel Messi dalam usaha memastikan kejayaan pada aksi final Copa Amerika pada Ahad.

Menurut Neymar, dia terpaksa berbuat demikian agar tidak terlepas peluang untuk merealisasikan cita-citanya untuk memenangi trofi Copa America buat julung kalinya.

“Seperti yang selalu saya katakan, Messi adalah pemain terbaik yang pernah saya sakiskan. Dia juga seorang rakan yang hebat.

“Tetapi sekarang, kami sama-sama berada di pentas final dan secara automatiknya kami menjadi ‘musuh’ buat seketika. Sekurang-kurangnya pada final kali ini.

“Justeru bila anda bersahabat, pasti sukar untuk melupakan persahabatan itu. Sebagai contoh, bila anda bermain permainan video dengan seorang rakan. Anda pasti mahu menewaskannya, bukan? Ia perkara yang sama antara say adan Messi ketika ini,” katanya.

Pada Ahad, Brazil bakal berdepan Argentina di Stadium Maracana di Rio de Janeiro dalam usaha mempertahankan piala yang dimenangi pada 2019.

Bagaimanapun, untuk rekod Neymar tidak beraksi pada edisi 2019 berkenaan berikutan mengalami kecederaan dan ia menjadikan pemain berusia 29 tahun itu benar-benar serius mahu memastikan kemenangan Brazil pada edisi kali ini.

Sementara itu Neymar mengakui dia sememangnya serius mahu memenangi piala berkenaan kali ini kerana biarpun telah memenangi hampir kesemua piala utama dalam bola sepak, namun trofi Copa America masih tidak ada dalam koleksinya.

Artikel Berkaitan:

“Saya memang mahu memenangi trofi Copa America kali ini. Saya benar-benar mahukannya kerana ia akan menjadi trofi pertama buat saya,” katanya.