AmanahRaya umum Azmeen sebagai Pengarah Urusan Kumpulan

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya)
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya)
A
A
A

SHAH ALAM - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan Azmeen Adnan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan syarikat berkuatkuasa pada 1 Julai lalu.

Pengerusi AmanahRaya, Ramli Mohd Nor berkata, pihaknya mengalu-alukan pelantikan Azmeen dan yakin beliau akan terus memacu Kumpulan AmanahRaya bagi mencapai kejayaan lebih membanggakan.

“Lembaga pengarah dan pengurusan AmanahRaya berharap Azmeen dapat memimpin Kumpulan AmanahRaya untuk mengekalkan dominasinya sebagai sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengurusan pewarisan terkemuka di negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Perniagaan dari University of Denver, Colorado, Amerika Syarikat, memiliki pengalaman selama lebih 25 tahun dalam industri perbankan dan pengurusan aset meliputi bidang pelaburan, perbendaharaan, jualan dan pembangunan produk.

Sebelum menyertai AmanahRaya, Azmeen pernah berkhidmat dengan Kumpulan Wang Persaraan, Maybank Islamic Asset Management Sdn Bhd dan pelbagai institusi kewangan lain.

Artikel Berkaitan: