Bekas Presiden akhirnya serah diri untuk dipenjara

Jacob Zuma
Jacob Zuma
A
A
A

NKANDLA - Bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma akhirnya menyerah diri pada Rabu bagi memulakan hukuman penjara 15 bulan kerana menghina mahkamah, kata yayasannya dan polis.

Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Perlembagaan negara itu menjatuhkan hukuman penjara tersebut pada minggu lalu kerana beliau tidak hadir ke mahkamah untuk menjawab soalan-soalan berhubung perbicaraan skandal rasuahnya.

Sebelum ini polis memberi amaran bahawa mereka sedia untuk menangkap bekas Presiden tersebut selepas berakhirnya tempoh masa untuk beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Namun, Zuma akhirnya memutuskan bahawa beliau akan pergi ke sebuah penjara di wilayah yang didiaminya di KwaZulu-Natal.

Yayasan Jacob Zuma turut menyatakan beliau dalam perjalanan ke Kemudahan Perkhidmatan Pemulihan di wilayah tersebut sebelum berakhirnya tarikh yang menetapkan Zuma perlu menyerah diri ke penjara bagi menjalani hukumannya.

Seorang jurucakap Kementerian Polis, Lirandzu Themba mengesahkan selepas tengah malam bahawa beliau akan ditempatkan di sebuah penjara.

Zuma, 79, memerintah selama sembilan tahun dan dipaksa berundur dari jawatannya pada tahun 2018- Agensi

Artikel Berkaitan: