'Tumbang kerajaan, hanya Parlimen boleh tentukan'

Che Abdullah semasa sidang media selepas menyampaikan replika cek tersebut.
Che Abdullah semasa sidang media selepas menyampaikan replika cek tersebut.
A
A
A

TUMPAT – Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berpendapat sebarang keputusan sama ada tumbang atau tidak kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya boleh ditentukan melalui sokongan ahli Parlimen.

Menurut beliau, sokongan ahli Parlimen kepada kerajaan PN hanya boleh diketahui apabila Parlimen bersidang, walaupun UMNO membuat keputusan melibatkan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Yang menjadikan ‘collapse’ atau tidak ‘collapse’ kerajaan ialah bilangan ahli Parlimen. Belum tentu semua ahli Parlimen UMNO menarik sokongan, setelah keputusan ini dibuat dan belum tentu pula ahli Parlimen pembangkang tidak datang menyokong.

“Ramai pembangkang mesra kerajaan, maka ‘collapse’ atau tidak, hanya boleh ditentukan dalam Parlimen, tidak boleh kata dengan satu keputusan itu kerajaan akan ‘collapese’,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau ditemui selepas menyampaikan peruntukan RM544,000 untuk Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) untuk empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tumpat.

Mengulas lanjut, Che Abdullah juga berkata, beliau hanya mengambil sikap tunggu dan lihat, selain berpandangan apa-apa sahaja keputusan yang dibuat UMNO perlu dihormati semua pihak.

Artikel Berkaitan: