X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Cubaan pasarkan sosej, barang runcit seludup gagal

Kumpulan lelaki yang mengangkut barangan runcit dan sosej dari negara jiran melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan memasarkan 180 paket sosej dan pelbagai jenis barangan runcit gagal apabila tindakan penyeludupan tersebut berjaya dihidu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan semasa membuat rondaan di Pengkalan Haram Pos Man di sini pada Selasa.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, rondaan pada jam 10.06 malam itu dilakukan pihaknya melalui penugasan Op Benteng Covid di sempadan Malaysia-Thailand di sini.

"Semasa membuat rondaan bermotosikal di kawasan berkenaan, pihak kami telah ternampak beberapa orang lelaki yang tidak dikenali sedang memunggah plastik putih dari perahu ke dalam sebuah kereta yang berada di pengkalan tersebut.

"Kehadiran kami disedari kumpulan lelaki berkenaan dan mereka bertindak melarikan diri dengan menaiki perahu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Antara barangan runcit yang dimasukkan ke dalam plastik putih dan diangkat dari perahu berkenaan.
Antara barangan runcit yang dimasukkan ke dalam plastik putih dan diangkat dari perahu berkenaan.

Menurutnya, selepas kumpulan lelaki berkenaan melarikan diri, hadir seorang lelaki lain mengaku bahawa kenderaan dan barang-barang yang berada di dalam kenderaan itu adalah miliknya.

Beliau berkata, pihaknya telah meminta lelaki berkenaan mengeluarkan dokumen pengenalan diri dan seterusnya membawa lelaki tersebut di Komtak Taman Bakti.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan berkenaan menemui pelbagai jenis barangan runcit dan sosej pelbagai jenama bernilai RM6,130 yang disyaki diseludup dari negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan.

"Lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen dan invois pembelian dan ditahan dan kes akan disiasat Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983 dengan jumlah nilai rampasan keseluruhan ialah sebanyak RM24,130,"katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!