Lelaki cuba rampas pesawat ditembak mati

Kejadian berlaku ketika dalam penerbangan dari Dhaka ke Dubai.
Kejadian berlaku ketika dalam penerbangan dari Dhaka ke Dubai.
A
A
A

CHITTAGONG - BANGLADESH. Pasukan komando Bangladesh menyerbu masuk pesawat di tenggara negara itu, semalam dan menembak mati seorang lelaki bersenjata yang didakwa cuba merampas jet penumpang penerbangan Biman ke Dubai.

Suspek berusia pertengahan 20-an itu ditembak unit khas selepas pesawat BG147 itu selamat mendarat di Chittagong.

Kesemua 134 penumpang bersama 14 kru berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral, Motiur Rahman berkata, lelaki dikenali sebagai Mahadi itu dipercayai mempunyai masalah peribadi dengan isterinya.

"Dia memberitahu juruterbang untuk bercakap dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina. Pasukan komando kami memintanya untuk menyerah diri, namun dia bertindak agresif hingga menyebabkan unit terbabit terpaksa melepaskan tembakan. Dia alami kecederaan dan disahkan meninggal dunia selepas ditangkap," jelasnya.

Menurut lagi, mereka turut menemui sepucuk pistol bersamanya.

"Hanya selepas 10 minit pesawat berlepas dari Dhaka, dia melepaskan dua das tembakan," kata salah seorang penumpang. - Agensi

Artikel Berkaitan: