X

Kindly register in order to view this article
!

Ronnie Liu perlu diambil tindakan sebagai pengajaran

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu perlu diambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran kerana bersikap biadab terhadap anggota polis yang sedang bertugas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tindakan Ronnie yang didakwa menggertak anggota polis seperti video tular pada Isnin lalu seolah-olah mahu menakutkan penjawat awam untuk menjalankan tugas.

"Tindakan beliau boleh dikatakan mengganggu penjawat awam yang sedang bertugas.

"Ketika diarahkan oleh pihak polis untuk menunjukkan surat rentas daerah atau negeri pun amat sukar untuk beliau lakukan atau memang beliau telah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

Isu pekebun durian: PGA dihantar ke Raub jaga ketenteraman awam

Musang king: Operasi tebang pokok tidak langgar perintah mahkamah

Pada Isnin, tular rakaman video kejadian yang menyaksikan Ronnie bersama dua pemimpin lain menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan dilakukan seorang anggota polis yang meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah.

Kejadian berlaku ketika proses permohonan reman 18 pekebun durian musang king di pekarangan Mahkamah Raub.

Kesemua mereka ditahan pada Ahad selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi memusnahkan pokok durian musang king di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh

Polis buka kertas siasatan terhadap Ronnie Liu

Pekebun durian musang king minta operasi ditangguh


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!