6,387 kes positif baharu, Selangor terus catat kes tertinggi

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dalam tempoh seminggu berturut-turut, jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini melebihi angka 6,000 dengan 6,387 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Twitternya pada Isnin berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 342 kes berbanding 6,045 kes pada Ahad.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 di negara ini sebanyak 785,039.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,610 kes, diikuti Kuala Lumpur (819), Negeri Sembilan (523), Sarawak (424), Johor (324), Pahang (312) dan Kedah (273).

Sabah pula mencatatkan 263 kes, Perak (249), Melaka (206), Pulau Pinang (157), Kelantan (114), Labuan (71), Putrajaya (25), Terengganu (17) dan sifar kes di Perlis. - Bernama

Artikel Berkaitan: