Parlimen bersidang bermula 26 Julai ini: Pejabat PM

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, kerajaan bersetuju supaya Dewan Rakyat bersidang selama lima hari iaitu mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos; manakala Dewan Negara bersidang selama tiga hari pada 3 hingga 5 Ogos ini.

Menurutnya, ia bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan serta peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

"Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

"Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata kenyataan itu pada Isnin.

Menurut kenyataan tersebut, nota kepada Jemaah Menteri sudah diedarkan secara berutus untuk mengambil maklum mengenai perkara berkenaan.

-

Artikel Berkaitan: