21 cedera letupan kilang plastik di Thailand

Kebakaran di sebuah kilang memproses plastik di pinggir Bangkok pada awal pagi Isnin. - Agensi
Kebakaran di sebuah kilang memproses plastik di pinggir Bangkok pada awal pagi Isnin. - Agensi
A
A
A

SAMUT PRAKAN - Dentuman kuat disusuli kebakaran besar di sebuah kilang di pinggir Bangkok, Thailand pada awal pagi Isnin menyebabkan 21 orang cedera.

Impak letupan turut dirasai di Lapangan Terbang Suvarnabuhmi sehingga mendorong pihak berkuasa mengeluarkan arahan meminta penduduk di kawasan terbabit berpindah.

Bangkok Post melaporkan, kejadian berlaku sekitar 2.50 pagi (waktu tempatan) di sebuah kilang kimia memproses plastik di Soi KIng Kaew.

Lebih 30 jentera bomba dibantu helikopter dari Rachathewa dikerah memadam kebakaran tersebut.

Kebakaran tersebut menyebabkan asap tebal menjulang tinggi di udara, namun setakat ini tiada penerbangan dibatalkan.

Sementara itu, saksi berkata, impak letupan dapat dirasai sejauh sembilan kilometer (km) dari tapak kilang.

Punca letupan masih disiasat. - Agensi

Artikel Berkaitan: