Polis kenal pasti dua lelaki lolos kawat duri PKPD

Dua lelaki dikesan cuba lolos kawat duri PKPD di sebuah PPR di di Jalan Kampung Pasir di sini pada Ahad.
Dua lelaki dikesan cuba lolos kawat duri PKPD di sebuah PPR di di Jalan Kampung Pasir di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah kenal pasti dua daripada tiga lelaki yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah Projek Perumahan Rakyat di Jalan Kampung Pasir di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengenal pasti seorang lelaki berusia 34 tahun yang mempunyai enam rekod jenayah berkaitan kes dadah, samun, curi dan lain-lain kes.

"Seorang lagi lelaki berusia 46 tahun, suspek mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan kes pecah rumah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Anuar berkata, hasil siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 2.04 itu memaparkan tiga lelaki melarikan diri menerusi kawat duri yang diletakkan di sekeliling blok berkenaan.

Dua lelaki dikesan bantu kes dua lelaki lolos kawat duri PKPD di sebuah PPR di di Jalan Kampung Pasir di sini pada Ahad.
Dua lelaki dikesan bantu kes dua lelaki lolos kawat duri PKPD di sebuah PPR di di Jalan Kampung Pasir di sini pada Ahad.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kawat duri telah rosak dan dipercayai digunakan oleh tiga individu berkenaan untuk melarikan diri," katanya

Beliau berkata, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular itu.

"Usaha mengesan individu-individu terlibat sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anuar menegaskan sebarang perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh dikenakan tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru dua lelaki lolos kawat duri PKPD