Polis buru dua lelaki lolos kawat duri PKPD

Polis mencari dua lelaki yang meloloskan diri melalui kawat duri di kawasan PKPD PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur. - Foto tular Facebook
Polis mencari dua lelaki yang meloloskan diri melalui kawat duri di kawasan PKPD PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur. - Foto tular Facebook
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai penagih dadah yang melarikan diri daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Pantai selepas kejadian dua lelaki terbabit yang meloloskan diri daripada kawat duri dipasang itu tular di Facebook pada Ahad.

"Operasi mengesan suspek sedang dijalankan untuk tindakan lanjut.

"Suspek dipercayai penagih dadah melarikan diri ke kawasan belakang sungai PPR terbabit sebaik melepasi kawalan kawat duri yang dipasang," katanya pada Ahad.

Suspek memanjat pagar selepas berjaya melepasi kawat duri yang dipasang di kawasan PKPD PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur. - Foto tular Facebook
Suspek memanjat pagar selepas berjaya melepasi kawat duri yang dipasang di kawasan PKPD PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur. - Foto tular Facebook

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Pada Ahad, tular satu rakaman video berdurasi 2.04 minit di Facebook menunjukkan dua lelaki meniarap melalui kawat duri sebelum berjaya meloloskan diri.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan PKPD di beberapa lokaliti di Kuala Lumpur termasuk di PPR Pantai Ria bermula 1 sehingga 14 Julai ini.

Artikel Berkaitan: