Adam pamer tunggangan bertenaga di Litar Antarabangsa Algarve

Adam Norrodin
Adam Norrodin
A
A
A

PELUMBA negara Adam Norrodin sekali lagi mempamerkan tunggangan hebat untuk menyambar tempat ketiga Perlumbaan 1 Moto2 Kejuaraan Dunia FIM CEV 2021 pada Ahad.

Pelumba berusia 23 tahun kelahiran Johor itu menamatkan perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal, 6.922 saat di belakang pelumba Sepanyol, Fermin Aldeguer yang muncul juara dengan catatan 29 minit dan 48.998 saat.

Seorang lagi pelumba Sepanyol, Alonso Lopez meraih tempat kedua dengan ketinggalan 5.434s.- Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: